20 Langkah Cara Basuh Dan Tanam Uri Bayi Untuk Rujukan Para Ayah

20 Langkah Cara Basuh Dan Tanam Uri Bayi Untuk Rujukan Para Ayah

Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Cara saya ini ringkas dan mudah. Jadi para suami boleh lakukannya sendiri.

1. Barang penting untuk uruskan uri bayi

cara-basuh-tanam-uri-1

Ada 3 perkara utama di sini:

1. Uri

2. Garam

3. Asam Jawa

4. Kain putih

,

2. Keadaan bungkusan uri dari hospital

Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.

3. Kita mulakan cara basuh uri

Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.

4. Apa nak baca masa basuh uri?

Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air ke atas uri tersebut.

5. Lebih mudah basuh dalam besen

Untuk lebih mudah masukkan uri di dalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.

6. Langkah seterusnya, campuran bahan lain

Ambil sedikit garam dan asam jawa.

7. Bagaimana nak buat?

Letakkan garam dan asam jawa pada uri.

8. Kemudian…

Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.

9. Dah selesai, kena bilas

Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.

10. Masa untuk bungkus uri

Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.

11. Hampatkan kertas hijau kalis air dan kain putih

Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.

12. Masa untuk balut uri

Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.

13. Langkah seterusnya

Letakkan sedikit garam dan asam jawa diatas uri.

14. Balut uri dengan kain putih

Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas.

15. Kemudian balut pula dengan kertas hijau kalis air

Kemudian balut pula dengan kertas kalis air hijau tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.

16. Langkah seterusnya, gali lubang

Gali lubang ditempat yang selamat seperti di halaman rumah atau depan rumah.

17. Berapa dalam lubang kena gali

Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki.

18. Dan akhirnya

Masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca basmallah.

19. Selesai

Timbus tanah dan pijak sehingga rata.

20. Jangan lupa letak tanda

Letakkan sesuatu seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang buas seperti anjing, serigala, singa dan sebagainya.

SHARE DAN TAG PASANGAN ANDA!

Kredit : viral oh viral

IMAN ITU BAHAGIA BILA DIUJI

Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat, tetapi segala-galanya disuarakan begitu teratur.

“Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami,” luahnya perlahan.

“Sudah lama?”

“Baru sahaja. Sejak dua bulan yang lalu.”

“Puan kecewa, marah?”

“Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-galanya dengan baik.”

“Jadi, apa masalahnya?” tanya saya agak terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.

“Masalahnya daripada ibu bapa dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak.”

“Puan bertindak?”

“Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah.”

“Alhamdulillah, kalau begitu. Jadi, apa masalahnya lagi?”

“Apabila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersubahat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya, hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah-menziarahi tidak semeriah dulu. Saya sedih diperlakukan begini.”

 

Kunci Keharmonian

Saya diam. Insya-Allah, ia akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah kadang-kadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin didengari. Teringat perkara yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, luahan dan rintihan manusia perlu didengar sama seperti mereka memerlukan makanan.

“Puan, kunci keharmonian dalam poligami terletak pada tangan puan dan suami, insya-Allah. Bukannya pada tangan ibu bapa puan atau mertua, apatah lagi ipar duai,” akhirnya saya bersuara. Perlahan-lahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.

Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan: “Jika puan tabah, tenang dan steady, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan ‘bising’ seketika. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa perasaan puan setelah berpoligami?”

“Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya,” ujarnya.

Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah ‘rezeki’. Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-galanya dengan tabah sejak awal lagi.

“Apa yang mendorong puan bertindak begitu?” tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.

“Ustaz, suami saya baik. Bertanggungjawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggungjawab dengan baik terhadap dua orang wanita.”

Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isteri sendiri.

 

Kekuatan Tabah

“Sejak awal lagi rumah tangga kami dibina atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istikharah dia. Sebelas tahun berlalu, bermacam-macam ujian kami lalui. Istikharah pun diuji, kan? Begitu yang saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah itu perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang… ujian poligami.”

“Puan tidak rasa dieksploitasi?”

“Tidak,” jawabnya tegas.

“Tidak sekali-kali, ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri.”

“Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama-sama suaminya,” pintas saya.

“Mengapa ibu bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya yang menanggung segala-galanya?” Dia kembali kepada permasalahan asalnya.

“Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepsi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiayaan. Padahal, poligami satu perkongsian dan pembelaan.”

“Mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini,” balasnya.

“Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit penceraian terjadi. Apa penyebab poligami?”

“Masyarakat kita hanya mengikut sentimen, bukan berdasarkan ilmu dan fakta, ustaz.”

“Saya tidak nafikan, ada juga lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba dan sebab-sebab lain yang tidak syarii. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka, tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!”

“Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibu bapa, mertua dan ipar-duai saya?”

“Selagi puan bertabah dan suami puan berlaku adil dan bijak mengemudi rumah tangga, insya-Allah semuanya akan reda dengan sendirinya.”

 

Cinta kerana Allah

“Sunyi juga. Terasa kehilangan.”

“Inilah hikmah besar poligami, puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan agar lebih akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!”

“Saya akan kehilangan cinta suami?”

“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”

“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tetapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah.”

Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia, jika usia perkahwinan baru memasuki tahun kelima, keenam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis. Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan. Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita kerana bahagia itu ditempa oleh derita!

“Terkadang datang juga rasa cemburu… bagaimana ya?” kembali suara itu mengocak lamunan saya.

“Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?”

“Begitulah ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat serta membaca al-Quran dan buku-buku yang ditangguhkan pembacaannya sejak dulu.”

“Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri,” dorong saya.

“Sepertimana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu hadir apabila diuji,” ujar saya perlahan.

“Insya-Allah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz berpesan; jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya.

Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?

Sumber : http://genta-rasa.com/2017/08/12/iman-itu-bahagia-bila-diuji/

Pesan buat diri dan ‘yang bertanya’

Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup. Warna warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dijangka dan dipinta. Namun ketabahan jualah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya.
Dunia ini sementara begitulah jua dengan ujiannya. Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak.

Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman…Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu Dia sentiasa mengujinya.

Fahami takdir dan susunlah tadbir. Di kala tidak berdaya, ketika itulah pertolongan sudah semakin hampir.

Menulislah… dengan air mata dan keringat. Ketika dingin dan hangat. Kita hanya hamba.

Berdamailah dengan takdir. Di situlah ada ketenangan. Itulah janjiNya. Tuhan tidak pernah mungkir!

Hamba yang berdosa,
Pahrol.

8 Sebab Amalan Kita Ditolak Oleh Allah S.W.T.

Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Jadi semua ibadah yang dikerjakan mestilah berlandaskan kepada iman, iaitu percaya bahawa hanya Allah sebagai penjamin hidup kita di dunia dan akhirat.

Namun, tidak semua amal ibadah kita diterima olehNya kerana terdapat syarat yang mungkin tidak penuhi dalam ibadah tersebut, antaranya;

#1- Memakan Harta yang Haram

Memakan harta haram sama saja dengan menumbuhkan daging yang haram dalam tubuh kita. Ini termasuklah memakan makanan yang dicuri, hak kepunyaan anak yatim, serta makanan yang ternyata haram hukumnya seperti babi.

Memakan makanan yang haram juga membuatkan doa manusia tidak dimakbulkan Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Ibadah yang disertai dengan memakan (makanan) yang haram sama saja seperti (mendirikan) bangunan di atas pasir.”

Al-Bihar 103 : 16

#2- Derhaka Terhadap Ibu Bapa

Menderhaka kepada ibu bapa sehingga menyakiti hati mereka akan menyebabkan amal ibadah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Bersikap menghormati dan menyayangi ibu bapa sangat dituntut dalam Islam. Bukan saja tidak dimakbulkan doa, tetapi tidak akan mendapat keberkatan hidup kepada sesiapa yang menderhaka.

Imam Jaafar al-Shidiq mengatakan;

“Barang siapa yang memandang kedua-dua orang tuanya dengan pandangan kesal atau benci, maka solatnya tidak diterima.”

#3- Mengumpat (Ghibah)

Mengumpat merupakan perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT, begitu juga dengan perlakuan fitnah yang memecah-belahkan umat, sehingga setiap amal ibadah si pelaku tidak diterima oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda;

“Barangsiapa yang mengumpat (ghibah) seorang muslim lelaki ataupun perempuan, maka tidak diterima solatnya dan puasanya selama 40 hari 40 malam, kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya.”

#4- Minum Arak

Arak atau khamar merupakan minuman yang memabukkan yang membuatkan fikiran manusia menjadi menjadi separa sedar dan sukar dikawal. Minuman itu memberi banyak kesan buruk serta menyebabkan amal ibadah seseorang itu tidak diterima oleh Allah.

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Orang yang minum khamar tidak diterima solatnya selama 40 subuh (hari).”

#5- Meringan-ringankan Solat Dan Ibadah Lain

Menunda daripada mengerjakan solat, seperti solat fardhu, dan solat jumaat serta meremehkan perbuatan solat boleh membuatkan amalan ibadah lain tidak diterima Allah SWT.

Contohnya, berpuasa di bulan Ramadan, tetapi tidak mendirikan solat wajib. Sama juga, bersolat tetapi melakukan fitnah, bukankah semua itu sia-sia?

Dengan itu, solatlah di awal waktu, dan angkatlah setiap suruhan Allah di tempat yang tertinggi supaya Allah memandang setiap amalan soleh yang dikerjakan. Sesungguhnya solat adalah tiang agama Islam.

#6- Tidak Ikhlas

Ikhlas adalah kunci utama dalam beribadah. Jika sesuatu ibadah dilakukan atas niat lain seperti ingin dihormati, maka itu merupakan perbuatan yang tidak ikhlas dan menyebabkan amal ibadah yang lain tidak diterima oleh Allah.

Rasulullah SAW bersabda;

“Jika engkau melakukan amal (ibadah), lakukanlah semata-mata kerana Allah dengan ikhlas, kerana tidak akan diterima amal ibadah dari hambaNya, kecuali yang dilakukan dengan ikhlas.”

Hadis Riwayat Bukhari

#7- Bermegah Dan Bangga dengan Dunia

Allah SWT tidak akan menerima amal ibadah seseorang hambaNya yang melakukan amal ibadah yang bermegah-megah dengan harta benda, melainkan hartanya itu diinfaqkan kepada golongan miskin sebagai sedekah.

Begitu juga dengan sikap riak yang merupakan sifat inginkan pujian selain dari Allah, terutamanya dalam melakukan amal ibadah. Pendek kata sikap ini adalah menunjuk-nunjuk akan amalannya supaya dipuji. Semua ini adalah sikap yang sangat tidak disukai Allah SWT.

#8- Takabbur

Takabbur adalah sikap yang menyamai kesombongan yang sangat dibenci oleh Allah. Amalan yang dilakukan bukan berniat untuk Allah tetapi kerana perkara lain. Maka Allah menolak amal ibadah yang dilakukan oleh golongan ini sehingga dia bertaubat.

Sikap ini sebenarnya bukan sahaja menjauhkan doa dari dimakbulkan Allah, tetapi turut menjauhkan kita dari Allah. Bahkan dalam kalangan manusia sendiri tidak menyenangi golongan yang takkabur ini.

Kesimpulannya, wajib untuk mengetahui cara beribadah dan syarat-syaratnya agar setiap amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan setiap perbuatan itu tidaklah sia-sia belaka. Semoga setiap amalan kita diterima dan dinilai baik oleh Allah SWT. Amin.

3 DOA NABI SULAIMAN MEMUDAHKAN KEKAYAAN, KEMURAHAN REZEKI DAN RASA SYUKUR

Nabi Sulaiman adalah seorang Nabi yang dianugerahkan oleh Allah kekayaan melimpah ruah. Selain kayanya Nabi Sulaiman, baginda juga dikenali sebagai sebagai Raja segala makhluk.

Kerajaan Nabi Sulaiman sangatlah besar. Istananya pun megah, berlapis emas dan permata. Selain diberikan anugerah kekayaan, Nabi Sulaiman juga diberi mukjizat iaitu baginda dapat faham bahasa haiwan dan dapat berbicara pada jin, serta dapat menundukan keduanya.

Semua yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman semasa hidupnya tentu tak lepas dari kuasa Allah SWT. Doa-doa yang dipanjatkan Nabi Sulaiman telah dikabulkan oleh Allah sehingga beliau dapat memiliki semua yang diingininya.

Pada masa sekarang banyak orang yang ingin kembali mengamalkan doa-doa nabi Sulaiman tersebut dengan pelbagai tujuan, misalnya untuk mengharap rezeki dan kekayaan, menyembuhkan orang kesakitan, atau untuk menundukan haiwan buas.

Oleh sebab itu, artikel kali ini kami akan membahas doa-doa tersebut untuk dapat Anda baca dan amalkan. InsyaAllah.

1. Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan
Doa Nabi Sulaiman yang pertama ini adalah doa yang dapat digunakan untuk memohon kelancaran rezeki dan untuk kekayaan. Jika Anda saat ini sedang mengalami kesulitan hidup, atau berharap agar kewangan Anda lebih baik, amalkanlah doa agar rezeki lancar seperti yang terdapat dalam QS Shaad ayat 35 berikut ini.

Latinnya: Rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka anta lwahhaab.

Artinya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.

Doa tersebut dapat diamalkan setiap Anda selesai menunaikan solat fardhu. Namun, akan lebih baik lagi bila Anda aktif menunaikan solat Duha dan membacakan doa Nabi Sulaiman tersebut setiap hari.

Akan tetapi, semua doa tersebut harus diiringi dengan ikhtiar, usaha, dan kerja keras Anda karena tidak mungkin kekayaan jatuh dari langit tanpa Anda mengusahakannya sendiri. Doa adalah sekadar munajat yang dapat melancarkan datangnya rezeki.

2. Doa Nabi Sulaiman Untuk Menundukan Haiwan dan Mengusir Jin
Seperti yang tercatat dalam sejarah kehidupannya di Al-Qur’an, Nabi Sulaiman semasa hidupnya diberi dengan mukjizat dapat berbicara dan mengerti bahasa haiwan dan jin.

Mukjizat Nabi Sulaiman tersebut sangat bermanfaat bagi kemudahan syiar dan dakwahnya. Dengan mukjizat itu, semua haiwan serta semua jin yang ada di muka bumi tunduk akan perintah beliau.

Bila Anda ingin memiliki sedikit karamah dari mukjizat Nabi Sulaiman tersebut, amalkanlah doa berikut ini seperti yang terdapat dalam QS An-Naml ayat 30 dan 31: doa nabi sulaiman doa penunduk haiwan, wanita, dan jin.

Latinnya : Bismilaahir rahmoonir rohiim. Laa ta’luu ‘alayya wa’tuunii muslimiin.

Ertinya : Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu berlaku sombong kepadaku, dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri. Doa di atas dapat dibacakan untuk mengubati orang yang kesakitan.

Bacakan doa pengusir jin tersebut di telinga kanan orang yang sakit sambil menekan jempol kaki kanan dan kirinya, insya Alloh jin yang menggangu dan merasuk tubuh orang tersebut akan keluar dengan sendirinya.

Doa ini sudah banyak dibuktikan dan terbukti makbul. Oleh karana itu, hafalkanlah. Selain untuk mengusir jin, doa Nabi sulaiman di atas juga dapat digunakan untuk menjinakkan binatang.

Jika anda bertemu ular liar atau binatang buas lainnya sehingga anda berada dalam bahaya, bacalah doa di atas seraya berpasrah diri kepada Alloh. Insya Alloh, haiwan liar tersebut akan pergi dan tidak mengganggu anda lagi.

3. Doa Nabi Sulaiman dalam Bersyukur
Kekayaan, mukjizat, dan kekuasaan yang diberikan oleh Alloh kepada Nabi Sulaiman tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya. Beliau selalu memohon kepada Alloh agar dapat selalu menjaga amanat dan kudratnya sebagai makhluk.

Beliau selalu bersyukur dan meminta agar ia tergolong orang-orang yang pandai bersyukur. Dan kerana itulah Allah kemudian menambah nikmat-nikmat kepadanya.

Sebagai seorang muslim, ada baiknya kita meniru sikap Nabi Sulaiman dalam bersyukur nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Kerana semakin kita bersyukur, maka Allah akan semakin menambah kenikmatan dalam kehidupan kita.

Bacalah doa nabi Sulaiman untuk bersyukur berikut ini sebagaimana terdapat dalam QS An-Naml ayat 19. Doa Nabi Sulaiman dalam Bersyukur.

Latinnya : Rabbi awzi’nii an asykura ni’mataka latii an’amta ‘alayya wa’alaa waalidayya wa-an a’mala shaalihan tardaahu wa-adkhilnii birahmatika fii ‘ibaadika shshaalihiin

Ertinya : Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.

Demikianlah beberapa doa Nabi Sulaiman yang dapat kami sampaikan di kesempatan kali ini. Semoga dengan mengamalkan doa-doa tersebut secara ikhlas dan berserah diri, apa yang menjadi keinginan Anda dapat dikabulkan oleh Alloh SWT. Amin Allohumma Amin.

KREDIT : TVCERAMAH

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Jom sharing supaya ramai yg ambil tau pasal kegemaran Rasulullah.